Tuesday, 1 January 2013

5 SEBAB SUSAH NAK JADI KAYA!!!.

5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadikaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arahkejayaan.Nampakkah anda masalahnya disini?Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untukanda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurnasebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidakakan mendapat ganjarannya.Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri)oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari inidengan melangkah ke arah kejayaan.~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang asetdan liabiliti.Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatuyang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duitdari poket anda.Aset : Wang masyukLiabiliti: Wang keluarRamai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta danharta benda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanyamenyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripadaanda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalahliabiliti = hutang!Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripadaaset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akanbebas dari segi kewangan.Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Danianyamembawa kita kepada...~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberinasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasatidur, anda tidak akan kaya."Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripadabekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampaidisitu sahaja.Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahajatetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi andalakukan.Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenaryang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menujukekayaan.~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistemmenjana duit~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buatduit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistemyang buat duit secara automatik.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yangberkait dengannya.Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buatduit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.Dengan menjadi pakarkepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecutdaripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidakbermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia andamestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Andabukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masihmenjadi punca kegagalan sesorang.Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5peratusmereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyaipeluang yang besar untuk menempa kejayaan dankemewahan.Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusanuntukmengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidupanda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakanorang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.Inilah masanya untukanda membuat keputusan.Mohamed Hafiz  
http://cashringgit.com
 
 

1 comment:

Unknown said...

thanks for ur sharing